TANDA-TANDA GANGGUAN MAKHLUK HALUS
Tanda-Tanda Ada Gangguan Jin Yang Di Istilahkan Sebagai
Keturunan Atau Saka Baka Dalam Sesebuah Keluarga Itu Antaranya :
Melahirkan anak yang buruk akhlak walaupun ulama besar kerana ada
pada dirinya sifat-sifat seperti dibawah ini:
a. Lekas marah atau panas baran
b. Irihati
c. Cemburu
d. Jahat sangka
e. Mimpi yang menyeronokkan yang jarang-jarang menjadi kenyataan
f. Menjelma masuk kedalam dirinya mengaku wali, nabi atau malaikat dengan menzahirkan beberapa yang
mencarik adat sebagai bukti kebenarannya.
Mendatangkan perkara biasa melalui jalan yang luar biasa seperti batu, cincin, duit emas, keris dan sebagainya.Golongan yang tiga ini
juga bertindak sebagai KAHIN, ARROF atau MUNAJJIM dengan melayan manusia-manusia yang datang memohon pertolongan daripada
mereka dengan segala rupa bentuk ilmu sihir seperti menceraikan manusia yang berkasih sayang, memisahkan anak dengan bapa,
mendatangkan berbagai rupa bentuk penyakit yang dihajati disamping perkara-perkara yang baik.

TANDA-TANDA
SESEORANG ATAU KELUARGA ITU TERKENA ILMU SIHIR ATAU DISIHIRKAN
- Suka bergaduh dan lekas naik darah panas sehingga bercerai-berai, pukul memukul dan sebagainya.
- Hilang ceria diri dan rumah kediaman.
- Sakit yang berlari-lari atau sakit diantara kulit dan isi yang tidak dapat dikesan oleh doktor
pakar melalui kaedah saintifik.
- Menjelma masuk kedalam badan hingga lupa diri.
- Mimpi yang menakutkan dan menzahirkan beberapa perkara yang merosakkan serta menakutkan seperti:
a.
Api menyala dengan sendiri
b.
Bunyi orang berjalan
c.
Menangis
d. Bau-bauan, bunyi bising dan sebagainya.
Antara
sebab-sebabnya ialah:
- Masaalah perniagaan seperti berkedai, berjaja, kontraktor dan sebagainya.
- Putus pertunangan.
- Masaalah pertunangan yang tidak ditunaikan.
- Rebutan pangkat kedudukkan dalam masyarakat, swasta dan kerajaan.
- Rebutan harta pusaka.
- Irihati dengan jiran-jiran sebelah.
- Cemburu, jahat sangka dan lain-lain yang seumpama.

TANDA-TANDA SAKIT ATAU TERKENA GANGGUAN DARI MAKHLUK
HALUS ADALAH MELALUI:
- Mimpi.
- Perubahan
atau sakit pada tubuh badan.
- Gangguan
dirumah atau dipersekitaran.
- Mempelajari
atau mengamalkan ilmu yang salah atau berunsurkan syirik.
- Menggunakan
makhluk halus untuk menjaga hartabenda, kediaman, diri dan sebagainya.

Al-Quran
memperakui tentang adanya jin-jin. Terangkum dalam golongan jin ialah iblis dan syaitan. Begitu juga dengan keterangan hadis-hadis.
Malah Al-Quran sendiri menyatakan Allah menjadikan jin itu lebih awal daripada Adam. Pada dasarnya jin-jin ini sukar mengganggu
fizikal manusia kerana nature kejadian makhluk ini dengan manusia adalah berbeza. Apa yang sering berlaku ialah gangguan pada
roh manusia yang disalurkan melalui mimpi. Kerana itulah maka apabila seseorang itu diganggu oleh makhluk ini ia akan menghadapi
masaalah ketika tidur.
GANGGUAN KETIKA TIDUR
1. Gangguan ketika
tidur sering berlaku apabila seseorang itu hendak lena, juga ketika sedang tidur nyenyak.
2. Mungkin seseorang
itu terasa perutnya ditusuk dengan jarum, lembing atau benda tajam yang tidak kelihatan.
3. Di langgar kenderaan
menyebabkan darah kelihatan bertaburan.
4. Di terkam oleh
makhluk yang menakutkan dan sebagainya sebaik-baik sahaja hendak lena.
5. Sering bermimpi
melihat makhluk ganjil, hitam , tinggi lagi menakutkan.
6. Di kejar dan ditangkap
oleh makhluk besar lalu diselamkan dalam air menyebabkan pesakit terasa lemas, tercungap-cungap sukar bernafas.
7. Mimpi melihat binatang
yang menakutkan.
8. Mimpi berada ditempat
asing lagi menggerunkan seperti berjumpa mayat atau berjumpa orang yang meninggal dunia.
9. Terasa seolah-olah
berada di awang-awangan, di tempat tinggi, di gunung ataupun hutan lalu jatuh ke bumi.
Gangguan yang menakutkan dan menyakiti
seperti ini datang lagi sebaik-baik sahaja seseorang itu memulakan tidurnya lagi. Pengalaman seperti ini menyebabkan seseorang
itu rasa takut dan bimbang hendak menyambung tidur.