PERBOMOHAN MENURUT
ISLAM
Menurut Islam, hukum menggunakan khidmat bomoh atau seumpamanya dalam perubatan tradisional terbahagi kepada
dua iaitu harus dan haram.
Keharusan menggunakan khidmat bomoh dalam perubatan tradisional tidak bersifat mutlak. Ia dibatasi dengan syarat
tertentu seperti;
· Perubatan bomoh itu menyebut nama Allah atau salah satu namanya.
· Menggunakan ayat Al-Quran dan doa yang diamalkan oleh nabi dan rasul.
· Menyakini bahawa perkara itu tidak dapat memberi kesan secara tersendiri, bahkan adalah dengan
ketentuan Allah SWT.
Perubatan
bomoh menjadi haram jika;
Kesan daripada
amalan mempercayai bomoh ini sangat besar. Ia telah menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Jika ia terus diamalkan,
akan mendatangkan imej buruk kepada Islam dari pandangan agama lain.
Akidah adalah
penentu kaitan seseorang dengan Islam, manakala syariah pula sebagai pengukur keteguhan dan kekuatan akidah. Akidah Islam
adalah akidah yang bebas daripada sebarang unsur syirik dan khurafat. Syirik adalah pencemaran terhadap akidah, sementara
khurafat adalah pencemaran terhadap kewarasan berfikir.
Menggunakan
khidmat bomoh yang mengubati dengan cara yang salah seperti menggunakan khidmat jin, jampi mantera dan pemujaan bukanlah jalan
penyelesaian yang hakiki bagi semua penyakit dan masaalah yang dihadapi. Usaha untuk menyelesaikan sesuatu masaalah digalakkan
oleh Islam. Tetapi, biar bertepatan dengan fitrah kemanusiaan dan selari dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah.
Setiap bomoh hendaklah
merasakan bahawa setiap sesuatu yang dilakukannya itu kerana takut kepada Allah. Pada masa yang sama, orang yang menerima
rawatan daripada bomoh pula harus memastikan rawatannya tidak bercanggah dengan Islam.
JAMPI
BOLEH GUNA AYAT AL-QURAN, BAHASA DIFAHAMI
Perbomohan
tidak boleh dikaitkan dengan zat Allah SWT dan sifat-Nya atau maksud disebalik kalimah atau nama Allah atau sifat-Nya. Contohnya,
mengatakan ilmu bomoh itu diterima terus daripada Allah atau kudratnya adalah
kudrat Allah atau melalui mimpi berjumpa wali, malaikat atau lainnya. Pengamalan bomoh tidak boleh diertikan sebagai maksud
yang tersirat daripada diri atau jasad dan roh Rasulullah SAW, malaikat, nabi dan orang soleh seperti Nur Muhammad menjelma
ke dalam diri dan sebagainya.
Mengikut
Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam yang di keluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia;
Penggunaan Jampi Dibolehkan Dan Digunakan
Dengan Syarat;
- Menggunakan ayat Al-Quran.
-
Menggunakan bahasa yang difahami.
-
Jangan mengiktikadkan bahawa jampi itu yang memberi kesan sehingga si pesakit menjadi
sembuh, sebaliknya Allah yang berkuasa.
Mengikut
garis panduan itu, tidak boleh mengamalkan bacaan tertentu yang tidak difahami maknanya. Ia dikhuatiri mengandungi kata-kata
pemujaan kepada berhala, iblis syaitan atau nama berhala orang kafir serta bercampur aduk dengan Al-Quran. Selain itu, tidak
boleh membaca mana-mana ayat Al-Quran secara songsang seperti Qul Huwallah.
Dalam perbomohan
Islam, tidak boleh menggunakan Al-Quran secara tidak wajar menurut syarat. Contohnya, menggantung Al-Quran dan tunggu berpusing
atau tidak untuk dijadikan alas an tertentu. Jika berpusing begini, dan jika tidak, begini pula maksudnya. Semuanya ini ttermasuk
menghina Al-Quran ( Istihza’ ).
Perkara lain yang dilarang adalah;
- Meninggalkan ibadat wajib yang dituntut Islam seperti sembahyang lima waktu dan puasa Ramadhan ketika
melakukan amalan perbomohan.
- Tidak boleh menggunakan perbuatan ‘menurun’, memanggil roh orang mati atau sebagainya
dalam kaedah perbomohan.
- Perkara lain yang perlu diberi perhatian mengikut garis panduan itu adalah mengenai bayaran perkhidmatan
atau pengeras. Sebarang pengeras tidak boleh digunakan dalam perbomohan jika ia dikaitkan dengan untung nasib, buruk atau
baik.
- Bayaran perkhidmatan hanya dibolehkan mengikut kesesuaian perubatan dengan tidak terlampau tinggi
hingga boleh memberatkan atau menindas dan tidak membawa maksud tolong menolong.
- Perbomohan mengikut Islam juga melarang upacara yang mengandungi penyembahan, pemujaan,
memohon bantuan atau memperhambakan diri kepada kuasa atau tenaga ghaib seperti mempersembahkan sedulang makanan dan menyembelih
ayam.
BERUBAT HANYA KERANA ALLAH SWT
Islam menitikberatkan
soal akidah, syariah dan akhlak. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber asal Al-Quran, hadis,
ijmak dan qias adalah ditolak. Dalam urusan perubatan kepada pesakit, satu perkara perlu di ingat oleh semua pihak, bahawa
hanya Allah berkuasa mutlak menentukan sesuatu dan menjadikannya, lebih-lebih lagi sakit and sembuh adalah haknya. Manusia
hanya disuruh berusaha dan berikhtiar.
Islam juga
tidak membenarkan umatnya menggunakan sihir kerana Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “ Jauhilah tujuh perkara yang
merosakkan”. Sahabat bertanya: “Apakah tujuh perkara itu?”. Baginda menjawab: “ Menyekutukan Allah,
sihir, membunuh orang tanpa hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan baik melakukan maksiat
terkutuk”. – Hadis riwayat Al-Bukhari, Kitab Sahih Al-Bukhari, Kitabul Hudud, Bab 44 mukasurat 33.
Bagaimana pun umat
Islam tidak dilarang untuk menggunakan jampi. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “ Berkat Abu Zubair, aku dengar Jabir
Bin Abdullah berkata, seorang lelaki daripada kami telah disengat kala jengking. Ketika itu kami duduk bersama Rasulullah.
Maka, berkata seorang lelaki wahai Rasulullah! Bolehkah aku jampi?. Baginda bersabda, “ Barang siapa yang mampu diantara
kamu untuk memberi manfaat kepada saudaranya maka hendaklah dilakukan.”- Hadis riwayat muslim- Bab Istihbab Al-Ruqyah
min Al-Ain wa An Namlah wal Hummah wal An Naqrah, jilid 9, mukasurat 5905.