MASUKNYA JIN KEDALAM TUBUH MANUSIA
Jin boleh merasuk dan masuk ke dalam diri manusia dengan berbagai-bagai cara
dan manusia yang mengunakan khidmat Jin untuk melakukan pengkhianatan kepada manusia lain pun melalui berbagai cara.
Sebagaimana sebuah Hadis Rasulullah s.a.w yang telah diriwayatkan
oleh Sayidah Syafiyyah binti Huyay , bahawa Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya :
" Sesungguhnya Syaitan ( Jin ) itu berjalan dalam tubuh anak
Adam sebagaimana darah yang mengalir dalam tubuhnya ".
Dari Hadis di atas jelaslah bahawa Jin dapat masuk kedalam tubuh badan manusia
dan terus sampai ke urat nadi dan darah manusia. Jin dapat berjalan dalam tubuh manusia seperti arus eletrik mengalir dalam
kabel penyalurnya. Jin juga dapat menguasai manusia sehingga ia dapat menimbulkan perkelahian sesama manusia, manusia kehilangan
ingatan, hilang daya kemahuan dan kesedaran dan lain-lain lagi.
Jin boleh memasuki badan manusia samada di pinta sendiri oleh manusia atau
tanpa di sedari oleh manusia itu sendiri. Jin mendampingi dan memasuki manusia melalui salah satu cara yang berikut.
ANTARANYA :
Melalui Khadam atau manusia itu sendiri menjadikan Jin
sebagai sahabatnya.
Melalui " saka Baka "
Melalui Sihir yang di lakukan oleh manusia lain ke atasnya.
Kerana manusia itu sendiri lalai dari mengingati Allah atau melakukan perkara-perkara yang di larang oleh Allah, bererti mendekatkan
diri untuk di kuasai oleh Jin dan Iffrit.
Melakukan kejahatan terhadap Jin tertentu seperti menjatuhkan sesuatu benda
berat di sesuatu tempat yang ada Jin, tanpa menyebut nama Allah sehingga menyebabkan kematian anak Jin.
Kerana adanya Jin lelaki yang jatuh cinta kepada seorang perempuan yang suka
bersolek atau wanita-wanita yang suka keluar rumah untuk memperlihatkan kecantikkannya dan tidak memakai tudung serta suka
mendedahkan aurat.
Melalui pengamalan jampi serapah, doa dan ayat-ayat tertentu yang boleh mendatangkan
Jin.
Apabila telah memasuki badan manusia, walau dengan apa cara sekali pun Jin
tersebut akan mendiami salah satu tempat berikut di anggota tubuh badan manusia. ( walaupun mereka bebas bergerak-gerak dalam
badan manusia )
ANTARA TEMPAT-TEMPAT TERSEBUT IALAH :
Mereka berkumpul di mata kanan dan
kiri. Sebab itulah jika seseorang itu membela atau telah dimasuki Jin dalam badan mereka, mereka tidak berani bertentang mata
dengan orang lain.
Berada di telinga kanan dan kiri,
dengan itu manusia yang telah terasuk Jin tidak suka mendengar nasihat dan teguran yang baik serta amat suka mendengar perkara-perkara
maksiat seperti muzik yang melalaikan dan sebagainya.
Berada di mulut manusia, dengan
itu manusia yang telah di masuki Jin amat suka bercakap benda-benda yang tidak berfaedah dan mendatangkan dosa seperti mengumpat,
melaga-lagakan manusia lain dan sebagainya.
Berada di hidung manusia, menyebabkan
manusia suka menghidu benda-benda yang tidak elok dan boleh merosakkan diri manusia sendiri.
Berada di ari-ari ( pusat ),
menyebabkan orang tersebut sentiasa mengalami sakit dalam perut dan pelbagai penyakit yang tidak boleh di kesan oleh doktor.
Berada di kemaluan manusia, menyebabkan
manusia suka melakukan perkara-perkara maksiat seperti berzina dan sebagainya.
Manusia yang selamat dari ganguaan
Jin , Iblis dan Syaitan adalah manusia yang sentiasa berada dalam Tauhid ( mengesakan ) Allah, melalui lidah, anggota
dan hati, mereka juga berakhlak dengan akhlak Rasulullah serta beramal dengan syariat Islam.
Jalan paling dekat untuk berada dalam
tauhid Allah ialah dengan kita mengambil contoh perbuatan dan kelakuan mereka yang setiap waktu dan masa berada dalam tauhid
Allah, seperti Nabi Muhammad, sahabat-sahabat baginda, para ulama dan sebagainya.
Dengan itu Insyaalah akan menyampaikan
diri kita zahir dan batin berada dalam tauhid Allah di semua tempat, waktu dan masa melalui anggota, lidah dan hati sebagaimana
mereka, iaitu selamat daripada gangguan para Jin, Iblis dan Syaitan atau seumpamanya.
KATA ULAMA :
" Kun Ma’Allah fain lam takun
ma’Allah, fakun Ma’a man ma’Allah fainnahu yusiluka illallaah "
Maksudnya :
" Hendaklah jadikan diri kamu bersama Allah, maka jika kamu tidak boleh jadikan diri kamu bersama Allah hendaklah kamu
jadikan diri kamu bersama dengan mereka yang telah beserta dengan Allah, maka sesungguhnya yang demikian itu akan menyampaikan
diri kamu kepada Allah "
Diri manusia mukmin yang menjadi
kekasih Allah itu adalah seumpama kalbu Alam atau jantung alam atau pusat alam yang dikurniakan oleh Allah daya atau kuasa
graviti mengikut darjah ketinggian imam, ilmu dan amalan mereka di sisi Allah. Diri-diri yang lain hanyalah di bawah atau
di dalam kuasa atau graviti mereka.
WANITA
MANDUL AKIBAT GANGGUAN JIN
Kemandulan
itu terbahagi kepada dua iaitu kemandulan yang berlaku secara tabii yang boleh diorawat oleh para doktor, sebagaimana lazimnya
dan kemandulan yang berlaku akibat gangguan jin yang boleh dirawat menggunakan ayat-ayat Al-Quran, doa-doa dan zikir.
Kemandulan
Yang Berlaku Akibat Gangguan Jin Mempunyai Tanda-Tanda Tertentu, Antaranya;
Rasa
sesak dada terutamanya selepas waktu asar, yang mungkin berlarutan hingga tengah malam.
Kusut
fikiran.
Sakit
dibahagian tulang-tulang belakang.
Mengigau
ketika tidur.
Bermimpi
dengan mimpi yang menakutkan.
Kemandulan
yang berlaku pada kaum wanita dimana jin itu akan tinggal dalam rahim dan merosakkan benih menyebabkan benih-benih itu rosak
dan tidak subur ataupun ia dibiarkan subur dan sempurna tetapi diganggu selepas beberapa bulan hamil menyebabkan turun darah,
lalu keguguran. Keguguran yang berlaku berulangkali boleh terjadi akibat daripada gangguan seperti ini.
Dalam
hadis Safiyah Binti Huyay bahawa Rasulullah bersabda :
‘
Sesunggguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam melalui pembuluh darah’. - Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
Satu
hadis riwayat oleh Abu Daud, Imam Ahmad dan At-Tarmizi yang menyatakan tentang seorang perempuan bernama Hamnah Binti Jahah
yang mengadu meminta petua kepada Rasulullah kerana mengalami masaalah turun haid yang begitu lama. Baginda menyuruhnya agar
menggunakan kapas. Hamnah menjawab mengatakan yang dia telah berbuat demikian. Baginda menyuruhnya agar menggunakan kain yang
agak tebal. Apa yang disuruh oleh baginda juga telah dilakukan oleh nya.
Akhirnya
baginda bersabda : ‘Bahawa darah istihadah itu adalah sepakan daripada sepakan-sepakan syaitan ‘. - Riwayat At-Tarmizi.
Perempuan
yang menghadapi masaalah keluar darah akibat gangguan yang boleh menyebabkan mandul hendaklah dirawat menggunakan doa-doa
berkaitan dengan sihir disamping berusaha mendapatkan nasihat daripada doktor pakar.
Ada Dua Punca Utama Terjadinya Masaalah Yang Dihadapi Oleh Kaum Wanita Yang Terlibat Selain Daripada
Sebab-Sebab Fizikal:
Akibat
sihir
Kecenderungan
jin ketika memandang perempuan yang berkenaan.
Jin-jin
suka mendatangi perempuan yang suka bersolek berlebih-lebihan, yang tidak menjaga sembahyangnya, tidak membaca Al-Quran tetapi
gemar mendengar nyanyian ataupun muzik keterlaluan, suka membuka aurat, juga gemar duduk bersolek dihadapan cermin.
Mereka
tidak menyedari bahawa perbuatan seperti ini menjadi tarikan jin-jin. Mereka masuk dalam bilik air, lalu menyanyi dan mandi
dalam keadaan telanjang, padahal bilik air adalah di antara tempat kegemaran jin-jin jantan dan betina menyebabkan salah satu
daripada makhluk-makhluk tadi tertarik pada jasadnya lalu ia meresap dalam tubuh dan mengganggunya.