Make your own free website on Tripod.com

bannerrawatanislam.jpg

Menu Utama | Pengenalan Al-Haz | Memahami Persoalan Sihir | Panduan Perbomohan | Penyakit Gangguan | Cara Jin Rasuk | Asal Kejadian Jin | Gangguan Saka | Masaalah Saka | Hubungi Kami

pemulihan.gif

Kaedah Perubatan Rawatan Islam Al-Haz 

Secara umumnya, penyakit dapat dikatagorikan kepada dua, yakni sakit fizikal dan sakit yang disebabkan dari gangguan makhluk halus seperti jin, hantu, iblis dan sebagainya. Sayugia diingatkan, penentuan jenis penyakit akan ditentukan dengan menggunakan kaedah tersendiri dalam Perubatan Kerohanian Al-Haz, agar tidak tersalah dalam menentukan jenis penyakit dan memberi rawatan. Kedapatan sesuatu penyakit itu kelihatannya seperti penyakit fizikal tetapi pada hakikatnya adalah disebabkan oleh gangguan makhluk halus dan begitu juga sebaliknya.

Sesungguhnya Allah swt yang mengetahui akan segala-galaNya, barat yang dahulunya begitu taksub dan ego dengan kemampuan perubatan modennya, kini terpaksa akur bahawa kedapatan penyakit-penyakit yang tidak dapat dirawat dengan ilmu perubatan moden dan mengakui bahawa sesetengah penyakit itu berpunca dari gangguan makhluk halus.

Doktor Bill dalam bukunya "Pemulihan Terhadap Otak Pesakit Akibat kejadian-kejadian luar biasa", Carl Johnson, seorang cendikiawan Amerika, dalam bukunya "Gejala-gejala makhluk halus", Dr, James Halsone, Dr. Carl Wekland, Dr.Paruze (Pakar perubatan penyakit saraf, Universiti Minapoles, Amerika), semuanya mengakui akan keujudan makhluk halus dan penyakit disebabkan oleh makhluk halus itu perlu ditangani dengan kaedah yang lain dari perubatan moden.

Terimakasih kerana anda sudi melawati laman web kami. Semoga anda mendapat faedah dari apa yang dinyatakan disini.Sekiranya anda ingin mendapatkan rawatan ataupun menghadapi sebarang masaalah berkaitan dengan penyakit gangguan sila hubungi kami:

emailed.gif

Email : alhazganu@gmail.com

Sila Buat Temujanji Terlebih Dahulu

MANUSIA HANYA BERIKHTIAR, ALLAH SWT YANG MENENTUKAN SEGALANYA. KESEMBUHAN ADALAH HAK MUTLAK ALLAH SWT YANG MAHA ESA.

Ikhlas Dari Kami,

Rawatan Islam Al-Haz 
2011